HOLLOWS

HOLLOWS

The first Hollow defeated by Kurosaki Ichigo.

The first Hollow defeated by Kurosaki Ichigo

Hollow merupakan bekas Plus (roh mati) yang hilang kemahuan diri ataupun tinggal di alam nyata terlalu lama. Mana-mana roh yang tidak dihantar ke Soul Society oleh seseorang Shinigami akhirnya akan menjadi Hollow. Masa yang diambil roh-roh mati untuk bertukar menjadi Hollow selalunya merupakan proses yang lama, dan boleh berlarutan hingga berbulan-bulan. Proses ini bergantung kepada ukur panjang Rantai Nasib “Chain of Destiny” (因果の鎖 inga no kusari?) sesuatu roh itu, yang bersambung dengan hati mereka. Rantai Nasib ini akan terhakis dengan masa, menunjukkan pemutusan ikatan perhubungan roh dengan alam nyata. Proses ini boleh dicepatkan, contohnya seperti diserang Hollow lain ataupun diganggu kuasa semangat yang lain. Apabila rantai tersebut hancur ditelan masa, roh tersebut akan ditukar ke bentuk yang unik dan mengerikan dengan topeng putih dan sebuah lubang yang besar di dada mereka di mana rantai itu pernah disambungkan.

Dalam Bleach, kebanyakkan roh mati beralih ke Soul Society dengan aman. Walaubagaimanapun, sesetengah roh mati kekal di dunia untuk memenuhi matlamat mereka, contohnya seperti mencari mereka yang tersayang, menjaga sesuatu kawasan ataupun memenuhi hasrat dendam di jiwa. Disebabkan kekurangan upaya untuk berinteraksi dengan yang hidup, dan pada waktu yang sama terikat pada keinginan mereka, kebanyakkan roh sukar untuk menghadapi situasi di mana keluarga ataupun mereka yang tersayang meneruskan kehidupan dan musuh lama melupakan mereka. Pada tahap ini, roh-roh mati tersebut menjadi taksub akan memenuhi matlamat mereka sehinggalah jiwa mereka hancur kekosongan; contohnya, membunuh sesiapa sahaja yang mendekati mereka yang tersayang dengan sebab untuk melindungi mereka. Dengan melakukan perkara ini, roh-roh itu akan bertukar menjadi hollow, dan secara bertentangan, perkara yang menjadi obsesi mereka bertukar menjadi sasaran utama.

Apabila roh mati bertukar menjadi hollow, mereka tidak dapat melawan perasaan untuk menelan atau menjamah roh yang lain, yang hidup mahupun yang telah mati, untuk memenuhi kekosongan yang mereka bawa dari keturunan mereka. Walaupun obsesi mereka selalunya menjadi sasaran utama, kebanyakkan hollow hilang akal fikiran ataupun kebolehan untuk berfikir; mereka bertempiaran mencari jiwa dan roh yang terbaik untuk dijamah sahaja. Sesetengah hollow berupaya untuk berfikir dengan lebih waras dan berakal berbanding dengan hollow biasa; hollow jenis ini selalunya merupakan hollow yang bertahap lebih kejam dan kuat. Walaupun hampir kesemua hollow bersifat jahat secara semulajadinya, dan mereka kekurangan keupayaan untuk berfikir, ada juga yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, contohnya seperti Nell Tu dan pengikutnya.

Antara ciri yang membezakan hollow daripada makhluk-makhluk lain adalah topeng mereka yang dicipta untuk melindungi naluri mereka yang terdedah selepas jiwa mereka ditelan hollow. Topeng-topeng hollow berbeza dari satu hollow ke hollow yang lain dari segi bentuk dan saiznya, tetapi mereka sentiasa berwarna putih dan bercorakkan tengkorak. Topeng-topeng tersebut juga bertujuan untuk mengaburkan identiti sebenar para hollow, tetapi jika diretakkan, hollow berkemungkinan untuk kembali ke personaliti dan bentuk asalnya. Setiap hollow mempunyai kemampuan atau kebolehan tersendiri termasuklah bentuk rupa yang berlainan; hollow tahap yang rendah bersaiz kecil dan teknik serangan mereka terhad manakala hollow yang lebih besar dan kuat pula berkebolehan untuk menyerang dalam pelbagai kaedah. Hollow boleh menyerupai binatang mamalia (berbulu) ke binatang yang bersifat reptilia dan juga menyerupai syaitan. Saiz mereka berbeza-beza; dari saiz gergasi (seperti menos bertahap gillian) sehinggalah saiz minimum mereka, iaitu kira-kira dua kali ganda saiz manusia dewasa.

Hollow boleh dihapuskan dengan berbagai-bagai cara (kecederaan yang mencukupi), tetapi kaedah membelah topeng mereka adalah kaedah yang biasa dilakukan. Apabila ini dilakukan oleh sebilah zanpakutō milik seorang Shinigami, hollow tersebut tidaklah mati begitu sahaja, sebaliknya diri hollow tersebut disucikan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukannya sejak ditelan menjadi hollow. Ini membenarkan roh yang terpendam di dalam diri hollow itu untuk menjejakkan kaki ke Soul Society sebagai plus. Berlainan dengan kes di mana hollow pernah melakukan dosa-dosa besar semasa hidup, roh yang disemadikan itu akan diheret ke neraka, di mana pintu nereka akan terbuka dan menarik mereka untuk bersemuka dengan balasan mereka. Jika hollow dibunuh Quincy pula, malangnya, diri hollow termasuklah roh asalnya akan hancur. Secara menyeluruhnya, kejadian ini akan mendatangkan kesan yang buruk ke atas purata imbangan roh di dunia.

MENOS

Menos tahap gillian.

Menos tahap gillian.

Walaupun hollow secara amnya merupakan penjelmaan roh mati dalam bentuk yang lain, terdapat juga hollow yang wujud sebagai jenis tersendiri yang digelar menos (perkataan Sepanyol yang bermaksud “kurang” atau “kecil”). Menos tercipta apabila beberapa hollow menindih antara satu sama lain, akhirnya bersatu. Ini mewujudkan sebuah makhluk yang jauh lebih kuat berbanding hollow-hollow yang biasa. Hollow tahap menos dianggap sebagai suatu ancaman yang besar sehingga Soul Society menghantar kumpulan shinigami yang terlatih sahaja untuk mengendalikan serbuan mereka. Serbuan mereka jarang dilakukan kerana mereka kerap tinggal di Hueco Mundo dan jarang meninggalkan kawasan tersebut melainkan jika mereka mengesan kuasa atau semangat yang kuat ataupun digalakkan oleh kuasa asing. Terdapat tiga jenis hollow bertahap menos: gillian, adjuchas dan vasto lorde.

Menos tahap gillian (girian) merupakan tahap menos yang paling lemah. Saiz mereka jauh lebih besar berbanding hollow yang lain tetapi mereka serba kekurangan dari segi kepantasan dan kepintaran. Walaupun menos tahap gillian agak kuat, mereka masih tidak berkemampuan mengalahkan seorang shinigami berpangkat leftenan. Menurut Hitsugaya Tōshirō, gillian boleh disamakan sebagai sekumpulan kadet tentera sahaja. Di Soul Society, gillian dikenali sebagai menos grande dan ditulis dalam beberapa buku teks membincangkan hal menos. Menos grande adalah perkataan Sepanyol secara literalnya bermaksud “kurang besar”. Tulisan kanji untuk menos grande ialah 大虚 (bermaksud kekosongan luas).

Contoh bayang-bayangan menos tahap adjuchas

Contoh bayang-bayangan menos tahap adjuchas

Menos tahap adjuchas (ajūkasu) merupakan menos yang lebih kecil berbanding gillian. Mereka mempunyai persamaan dengan manusia, tetapi secara terperinci masih menyerupai hollow. Mereka lebih bijak berbanding menos di tahap gillian dan lebih berkuasa. Adjuchas berkemungkinan menyamai kuasa ataupun kehebatan seorang shinigami tahap leftenan. Mereka bertugas menjaga menos tahap gillian. Menos jenis ini mempunya populasi yang lebih kecil berbanding menos jenis gillian.

Contoh bayang-bayangan menos tahap vasto lorde.

Contoh bayang-bayangan menos tahap vasto lorde.

Menos tahap vasto lorde (vastorōde) merupakan tahap yang tertinggi dan terhebat yang boleh dicapai menos. Mereka mempunyai persamaan yang ketara dengan manusia, dan setiap daripada mereka adalah lebih kuat daripada seorang shinigami tahap kapten; menurut Tōshirō, sepuluh vasto lorde di bawah pimpinan Aizen adalah lebih daripada mencukupi untuk mengalahkan seluruh Soul Society. Mereka mempunyai populasi yang paling kecil berbanding tahap-tahap menos yang lain, tetapi bilangan mereka secara tepat tidak dapat dipastikan. Mereka dipercayai hidup di bahagian dalaman Hueco Mundo, dan diperlukan Sōsuke Aizen untuk perancangan sulitnya yang masih diselubungi misteri.

Published in: on 21 Juni 2009 at 13:51  Tinggalkan sebuah Komentar  
Tags: