Arrancar

Arrancar

arancar

arancar

Arrancar (kadang kala ditulis sebagai allankar atau arankaru) merupakan jenis hollow yang telah menanggalkan topeng mereka dan mendapat kuasa shinigami. Perkataan arrancar berasal daripada kata kerja perkataan Sepanyol yang bermaksud “untuk menanggalkan” ataupun “untuk mengoyakkan”, merujuk kepada perbuatan arrancar menanggalkan topeng mereka. Berdasarkan manganya pula, arrancar ditulis sebagai arankaru (破面 “koyak topeng”) tetapi tiada sebutan Bahasa Jepun yang asal, sebaliknya menggunakan katakana untuk arankaru.

Bilangan hollow yang mampu menanggalkan topeng mereka secara semula jadinya adalah kecil; jika mereka berjaya pun perubahan yang mereka hadapi tidaklah ketara. Aizen Sōsuke berjaya mencipta arrancar tiruan menggunakan “Bulatan Penggubah” (Orb of Distortion) yang memberi potensi yang lebih besar kepada mereka berbanding dengan proses semula jadinya. Proses pembaharuan hollow kepada arrancar disebut shinigami-ka (死神化).

Arrancar berbeza dengan hollow biasa dalam dua ciri: lokasi lubang di tubuh mereka dan topeng mereka yang lebih jelas berkurangan. Apabila hollow diperbaharui menjadi arrancar, peratus persamaan tubuh badan mereka dengan tubuh badan manusia akan meningkat jike tahap kepandaian mereka bertambah. Hanya arrancar bertahap vasto lorde sahaja yang akan sentiasa mengambil bentuk dan sifat seorang manusia. Arrancar dengan tahap kuasa yang tinggi ataupun mencukupi boleh “menyimpan” kuasa-kuasa lebihan dalam bentuk zanpakutō. Berbeza dengan sebilah zanpakutō seorang shinigami, zanpakutō milik para arrancar cuma menyimpan kuasa yang menyembunyikan bentuk asal tuannya. Ini bermaksud apabila para arrancar “membebaskan” zanpakutō mereka, tubuh badan mereka yang asalnya akan mengambil alih untuk masa yang ditetapkan. Pembebasan zanpakutō para arrancar digelar resurrección (perkataan Sepanyol yang bermaksud “pembangkitan”). Arrancar tidak mempunyai pembebasan tahap terakhir.

Arrancar di bawah arahan Aizen mempunyai corak pakaian yang berbeza. Arrancar tersebut memakai sepasang pakaian seragam yang terdiri daripada sebuah jaket putih, pending hitam, hakama putih, sarung kaki hitam dan sandal putih; secara asasnya, pakaian mereka berlawanan dengan pakaian para shinigami.

KEDUDUKAN ARRANCAR

Ahli-ahli Espada. Aras atas: Nnoitora, Barragan, Grimmjow, Aaroniero, Halibel. Aras bawah: Yammy, Stark, Ulquiorra, Zaera-Polo, Zomari.

Ahli-ahli Espada. Aras atas: Nnoitora, Barragan, Grimmjow, Aaroniero, Halibel. Aras bawah: Yammy, Stark, Ulquiorra, Zaera-Polo, Zomari.

Kedudukan dan pangkat arrancar di bawah kuasa Aizen disusun mengikut tahap kekuatan mereka, walaupun bukan semuanya berada di bawah kuasanya.

Espada (十刃(エスパーダ) Esupāda?, bahasa Jepangyang bermaksud “sepuluh bilah,” bahasa Sepanyol untuk “pedang”) merupakan sekumpulan arrancar yang berkedudukan tertinggi dikalangan arrancar Aizen. Setiap ahli Espada dipilih kerana kehebatan mereka beraksi dalam pertempuran dan kemudiannya diberi kedudukan diantara 1 hingga 10 yang menandakan pangkat dan tahap kuasa mereka; tato di tubuh mereka menandakan nomor mereka di kalangan Espada (sebagai contoh, Grimmjow mempunyai tato di bahagian bawah belakangnya). Espada diberi kuasa mengawal dan mengarah Número. Para Espada adalah pahlawan arrancar yang terhebat dikalangannya dan kekuatan mereka jauh menandingi Numero biasa. Menurut Aaroniero Arleri, beliau merupakan satu-satunya ahli Espada yang pernah menjadi gillian sebelum melalui pembaharuan. Espada terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita.[1]

Números (数字持ち(ヌメロス) Numerosu?, bahasa Jepang yang bermaksud “pemegang nomor,” bahasa Sepanyol untuk “nomor”) merupakan arrancar yang sebelumnya pernah menjadi menos. Mereka diberikan nomor dua digit di saat mereka dilahirkan dari 11 hingga 99. (Número 11 adalah yang sulung, manakala yang 99 adalah yang bungsu). Mereka dikenalpasti sebagai pahlawan yang pakar. Pakaian seragam asas Número terdiri daripada jaket putih berkolar dan jubah yang diikat pending hitam. Namun begitu, pakaian mereka sering diubahsuai, memberi mereka ciri-ciri tersendiri. Tahap kecekapan Número dalam pertempuran dianggap paling hebat diantara arrancar yang lain (kecuali para Espada ataupun bekas ahlinya).

Fracción (従属官(フラシオン) Furashion?, bahasa Jepang yang bermaksud “pegawai kecil-kecilan,” bahasa Sepanyol untuk “pecahan”) merupakan subseksyen Número yang berkhidmat secara terus dengan setiap satu ahli Espada. Bilangan Fracción yang berkhidmat untuk satu-satu Espada tidak sama; Stark dan Nnoitra Jiruga mempunyai seorang Fracción sahaja, manakala Szayel Aporro Granz mempunyai sekurang-kurangnya dua belas Fracción.

Privaron Espada (十刃落ち(プリバロン・エスパーダ) Puribaron Esupāda?, bahasa Jepang yang bermaksud “sepuluh bilah yang telah jatuh,” bahasa Sepanyol untuk “pedang yang dilucutkan”) merupakan kumpulan bekas ahli Espada yang dilucutkan pangkat mereka dan diberikan nombor tiga digit. Disebabkan mereka bekas Espada, mereka merupakan arrancar yang lebih hebat berbanding dengan arrancar Número biasa. Mereka tinggal di Tres Cifras yang membawa maksud “nombor tiga digit” (selepas diterjemahkan daripada Bahasa Sepanyol). Seperti yang dijelaskan oleh Dordonii, Espada yang dicipta secara “semula jadi” ini telah dianggap lapuk oleh Aizen sebaik sahaja dia mula mencipta arrancar secara tiruan mengikut standard dirinya sendiri.[2]

Exequias (葬討部隊(エクセキアス) Ekusekiasu?, bahasa Jepang yang bermaksud “skuad penyerang maut,” bahasa Sepanyol untuk “upacara pengebumian”) merupakan arrancar di bawah bahagian hukuman di mana mereka diarahkan menghapuskan penceroboh dan pemberontak.[3]

KEAHLIAN

Seperti seorang shinigami, Hollow juga mempunyai sejumlah kemahiran dan kebolehan yang besar, setiap daripada kebolehan ini selalunya unik untuk tiap-tiap satu hollow. Para hollow yang lebih hebat selalunya boleh menggunakan kebolehan-kebolehan yang jauh lebih hebat dan berkuasa berbanding dengan kuasa mereka tersendiri. Hollow selalunya mendapat tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kuasa mereka dengan melapah ataupun memakan roh-roh mati, tetapi sebaik sehaja mereka berada di kawasan-kawasan yang mempunyai kuasa semangat yang tinggi seperti Hueco Mundo, mereka boleh menjana semula kuasa mereka dengan “menyedut” udara dan menukarnya menjadi makanan mereka.[4]

Bala (虚弾(バラ) Bara?, bahasa Jepang yang bermaksud “peluru hollow,” bahasa Spanyol untuk “peluru”) merupakan serangan alternatif terhadap cero yang lebih lemah tetapi dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Teknik ini memampatkan tenaga semangat penggunanya dan dihasilkan hampir dua puluh kali lebih cepat berbanding serangan cero biasa.

Cero (虚閃(セロ) Sero?, bahasa Jepang untuk “kilat hollow,” bahasa Spanyol untuk “kosong”, dilabel sebagai “Tembakan Maut” dalam manga Viz) merupakan pelancaran tenaga kuasa yang boleh dilepaskan melalui tangan ataupun mulut. Setakat ini, hanya menos, arrancar dan vizard sahaja yang pernah ditunjukkan menggunakan serangan ini. Lebih tinggi tahap satu-satu hollow, lebih cekap penggunaan cero mereka. Hollow biasa yang kuat masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka berupaya untuk menggunakan serangan ini, namun Kurosaki Ichigo berupaya menggunakannya semasa dirinya diambil alih hollow sepenuhnya semasa latihannya bersama para vizard.

Garganta (黒腔(ガルガンタ) Garuganta?, bahasa Jepang yang bermaksud “rongga hitam,” bahasa Spanyol untuk “tekak”) merupakan kaedah arrancar bergerak dari dan ke Hueco Mundo. Kaname Tōsen telah menunjukkan demonstrasi menggunakan teknik ini. Teknik ini mengoyak buka fabrik dimensi yang memisahkan dunia-dunia, mendedahkan sebuah terowong dipenuhi pusaran, hujanan kuasa yang perlu difokuskan dan dikeraskan untuk mencipta sebuah lorong yang dapat dilihat. Apabila digunakan, teknik ini membuka sebuah dimensi fabrik seperti sebuah pintu.

Hierro (鋼皮(イエロ) Iero?, bahasa Jepang yang bermaksud “kulit besi,” bahasa Spanyol untuk “besi”) merujuk kepada ketebalan atau kekuatan kulit para arrancar. Kulit mereka yang tahan lasak ini adalah disebabkan mampatan kuasa semangat mereka.[5] Walaupun kulit mereka cukup tebal untuk menahan serangan sebilah zanpakutō yang dilepaskan begitu saja, kulit mereka bukannya tidak boleh ditembusi. Lebih hebat arrancar itu, lebih lasak ketahanan kulitnya.

Negación (反膜(ネガシオン) Negashion?, bahasa Jepang yang bermaksud “membran pembalas,” bahasa Spanyol untuk “nafi/sangkal”) merupakan medan yang digunakan untuk menyelamatkan para hollow. Hanya menos tahap gillian sahaja yang pernah menggunakannya. Medan negación mengepong sasaran dalam sebuah cahaya berbentuk segi empat, menghantar sasaran ke dimensi yang lain, justeru mereka selamat daripada serangan luar. Kemudiannya, sasaran itu akan ditarik ke arah menos yang mencipta medan tersebut.[6] Espada mempunyai sejenis alatan berbentuk kiub yang digelar Caja Negación (反膜の匪(カハ・ネガシオン) Kaha Negashion?, bahasa Jepun yang bermaksud “penyangkalan pembalas membran,” bahasa Sepanyol untuk “Kotak Penyangkalan”) yang berperanan untuk mencipta medan-medan negación, yang digunakan untuk menghukum pembantu-pembantu mereka jika diperlukan. Kiub tersebut, jika digunakan ke atas seseorang, akan memerangkap mereka di sebuah dimensi alternatif yang tiada jalan keluar; namun, ini adalah benar jika ianya digunakan selaras dengan peranan yang perlu dimainkan objek itu. Arrancar yang lebih berkuasa, terutamanya golongan Espada sendiri, boleh melepaskan diri mereka jika diberikan masa yang mencukupi.[7]

{{nihongo|Pesquisa|探査回路(ペスキス)|Pesukisu|bahasa Jepang yang bermaksud “litar penyelidikan”, bahasa Spanyol untuk “penyelidikan”merupakan kebolehan para arrancar untuk mengesan kehadiran semangat, bersamaan dengan kuasa seorang shinigami yang juga dapat mengesan kehadiran semangat.[8]

Sonido (響転(ソニード) Sonīdo?, bahasa Jepang yang bermaksud “revolusi bergema,” bahasa Sepanyol untuk “bunyi”) merupakan kebolehan para arrancar untuk berlangkah laju seperti pergerakan langkah kilat ataupun hirenkyaku seorang Quincy.[9] Sonido membolehkan arrancar untuk bergerak dengan kelajuan yang mustahil di antara dua jarak kecil. Penggunaan sonido dihasilkan oleh bunyi statik dalam jangka masa yang pendek, bertentangan dengan bunyi “swish” yang dihasilkan oleh pergerakan langkah kilat shinigami.

Gonzui (魂吸(ゴンズイ) gonzui?, bahasa Jepang yang bermaksud “hembusan roh”) merupakan kebolehan yang digunakan Yammy untuk memerah keluar roh daripada manusia yang masih hidup dan menghisap roh mereka. Teknik ini berkesan ke atas mereka dengan semangat yang rendah. Teknik ini disebut sebagai teknik generik seorang arrancar dalam salah sebuah “Segmen Penyelidikan Arrancar” seri anime Bleach.

Iklan
Published in: on 21 Juni 2009 at 16:44  Comments (1)  
Tags:

The URI to TrackBack this entry is: https://aozoratheprincess.wordpress.com/2009/06/21/arrancar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentTinggalkan komentar

  1. weh coool?


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: